2 . Ada kerja . Gaji 800-1500 ke atas , boleh bayar rumah sewa , boleh beli beras , boleh isi minyak , boleh hantar ke tempat keje , nafkar zahir boleh bagi , bukan nafkah batin jew taw . Hee :)
3 . Ada kenderaan , moto kapcai dah cantik , honda EX5 orait sangat lar tue dengan 2 helmet , basikal pun boleh , tapi penat kayuh dari Bangsar ke KLIA . Sebaik-baiknya kereta , sebab nanti nak bawa isteri ke klinik setiap bulan .
4 . Lulus ujian fardhu'Ain sekolah rendah , maknanya boleh mandi wajib dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul apatah lagi mandi2 yang lain .
5 . Boleh baca al-Quran dan boleh mengajar al-Quran walaupun setakat " alif ba ' ta ''' , sampai surah " izra bismirabbikallazi khalaq "
6 . Jenis lurus , baik , baik hati tak menipu , tak de lah sampai menipu kata nak pergi Mydin tapi pergi ngorat jiran taman sebelah .
7 . Dia faham kamu , kamu faham dia , jiwo gitu . Serasi bersama . Berbeza tapi boleh masuk .
8 . Gedik joget2 pun depan bini dan anak2 je , depan orang lain sopan santun gitu .
9 . Jenis tak cemburu buta sangat . Cemburu macam nie ok ,
" ehemmmm , ramainya kawan laki kat ofis , jangan sampai lupa abang taw "
10 . Belajar takat PMR je pun tak pe , janji cara dia fikir tu matang dari yang belajar PHD .
11 . Kalau dia jenis diam , tak de lah sampai orang kata dia tak bergaul dengan manusia lain . Kalau dea banyak bercakap pun tak de lah sampai dia mengata-ngata orang lain .
12 . Malas juga ke masjid , tapi dia pergi gak dalam sehari tu 2x sekurang-kurangnya magrib dan isyak .
13 . Walaupun tak kerap ke kuliah agama , tapi bila tengok youtube ustaz azhar idrus ngajar tue sampai terlupa nak tengok bola . Jika ada kuliah di masjid , muka dialah ada diantara orang2 kampung .
14 . Boleh susah senang bersama . Kalau isteri nagis , dia tolong riba isteri dan tenangkan . Kalau isteri sakit , dia tolong jaga dari malam sampai pagi .
15 . Jenis senyum sokmo .
16 . Tak tengok sangat awek cunn , duk tengok bini dia je walaupun bini dia tak cunn .
( tak cun tak pe , boleh tutup lampu )