Thursday, December 27, 2012

Ciri - Ciri Suami !

By STORY OF A GIRL At 10:08 PM







Entry kali nie , just nak share '' Ciri-ciri  Suami Mengikut Ustaz Azhar Idrus " . 
Kelasss ustaz nie , siap bagi ciri- ciri untuk tatapan kaum hawa macam aku nie . 
Hee . So , this is what i get . Cool gilerr :)

1 . Solat fardu cukup 5 waktu .

2 . Ada kerja . Gaji 800-1500 ke atas , boleh bayar rumah sewa , boleh beli beras , boleh isi minyak , boleh hantar ke tempat keje ,  nafkar zahir boleh bagi , bukan nafkah batin jew taw . Hee :)

3 . Ada kenderaan , moto kapcai dah cantik , honda EX5 orait sangat lar tue dengan 2 helmet , basikal pun boleh , tapi penat kayuh dari Bangsar ke KLIA . Sebaik-baiknya kereta , sebab nanti nak bawa isteri ke klinik setiap bulan . 

4 . Lulus ujian fardhu'Ain sekolah rendah , maknanya boleh mandi wajib dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul apatah lagi mandi2 yang lain .

5 . Boleh baca al-Quran dan boleh mengajar al-Quran walaupun setakat " alif ba ' ta ''' , sampai surah " izra bismirabbikallazi khalaq " 

6 . Jenis lurus , baik , baik hati tak menipu , tak de lah sampai menipu kata nak pergi Mydin tapi pergi ngorat jiran taman sebelah . 

7 . Dia faham kamu , kamu faham dia , jiwo gitu . Serasi bersama . Berbeza tapi boleh masuk .

8 . Gedik joget2 pun depan bini dan anak2 je , depan orang lain sopan santun gitu .

9 . Jenis tak cemburu buta sangat . Cemburu macam nie ok ,
 " ehemmmm , ramainya kawan laki kat ofis , jangan sampai lupa abang taw " 

10 . Belajar takat PMR je pun tak pe , janji cara dia fikir tu matang dari yang belajar PHD .

11 . Kalau dia jenis diam , tak de lah sampai orang kata dia tak bergaul dengan manusia lain . Kalau dea banyak bercakap pun tak de lah sampai dia mengata-ngata orang lain .

12 . Malas juga ke masjid , tapi dia pergi gak dalam sehari tu 2x sekurang-kurangnya magrib dan isyak .

13 . Walaupun tak kerap ke kuliah agama , tapi bila tengok youtube ustaz azhar idrus ngajar tue sampai terlupa nak tengok bola . Jika ada kuliah di masjid , muka dialah ada diantara orang2 kampung .

14 . Boleh susah senang bersama . Kalau isteri nagis , dia tolong riba isteri dan tenangkan . Kalau isteri sakit , dia tolong jaga dari malam sampai pagi .

15 . Jenis senyum sokmo . 

16 . Tak tengok sangat awek cunn , duk tengok bini dia je walaupun bini dia tak cunn .
( tak cun tak pe , boleh tutup lampu )





Serius , rasa kelakar and ade juga kebenarannya . Manis nya alam rumahtangga nie . Tak sabar aku nak lalui saat2 bergelar seorang  isteri yang sah pada si dia . Renung2 kan lah ape yang ustaz cuba sampaikan pada kite , semoga dapat membantu korang yang masih belum jumpe korang punye 
MR RIGHT :) 










0 People Loud:

Post a Comment

People Loud.

 

Story Of A Girl ♥ Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting